Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday 18 February 2017

Peringatan Lembut untuk Warga FELDA



http://mpraub.blogspot.my/2017/02/lim-kit-siangturun-ke-raub.html
http://mpraub.blogspot.my/2017/02/sokongan-masyarakat-orang-asli-makin.html
http://mpraub.blogspot.my/2017/01/gambar2-lebih-bernilai-dari-1000.html



Pagi tadi, saya bersama YB Rafizi dan beberapa rakan2 lain, membuat suatu press conference mengenai Kongress Felda yang akan diadakan bulan March 2017 nanti. PC tersebut juga memberi ruang untuk kami dan rakan2 lain menimbulkan beberapa kemusykilan mengenai masa depan FELDA.

Lapuran odit 2016 untuk FELDA belum keluar lagi. Kita ingat mahu dapatkan audit report tahun berakhir disember 2016, untuk melihat banyak mana tanggungan FELDA. Sebelum trick tangan dilakukan.

Sebab kalau kita dengar cakap Isa Samad dan orang2 sepemikiran nya, semuanya , bak kata orang putih, hunky dory belaka. Tapi kita tahu apa sebenarnya berlaku.

Peneroka FELDA, seperti yang saya tulis dahulu, yang berjumlah 112,635 orang, yang mendiami di lebih 300 tanah rancangan, mesti sedar perkara ini. Musibah warga FELDA bukan terhad kepada isiu hutang purata RM120,000/peneroka, atau pertelingkahan kadar perahan atau rungutan bayaran bukan dalam bulan semasa. Ini masaalah yang ‘real’ yang dihadapi oleh peneroka setiap hari. Masaalah ini rentetan dan akibat dari tamak haloba seorang yang bernama Najib Tun Razak.

Tapi sengat bisa isu2 ini diringankan sedikit kerana secara umumnya, kehidupan warga FELDA terlindung. Sekurang kurangnya dapat elaun sara hidup dari RM1000-RM1500 sebulan, ada tanah untuk rumah, ada tanah ladang 10 ekar, ada kemudahan awam dan sosial dalam tanah rancangan dan lain. Mereka seolah olah nya leka kerana ada jaminan dari kerajaan UMNO untuk menjaga mereka. Dan berserta jamina tersebut, ancaman bahawa jika UMNO bukan kerajaan, kehidupan selesa peneroka FELDA akan hilang.

Namun demikian, untuk jenerasi kedua bagaimana?  Mengikut suatu kajian oleh UIA, anak peneroka FELDA yang berjaya menjadi pelajar pusat pengajian tinggi, jadi doctor, lawyer dan graduan2 bidang lain hanya 1.5% sahaja. Apa jadi dengan 98.5% lagi?

Mereka jadi sampah masyarakat, bercandu dan bermadat dan duduk ditanggung ibu bapa dalam tanah rancangan. Masa depan mereka bagaimana? Sedangkan tanah seluas 360,000 hektar milik FELDA plantations sudah dipajak kepada FGV dan tidak mungkin dikembalikan.

Perumahan untuk jenerasi ke-2 bagaimana? Najib menjanjikan 20,000 rumah kos RM70,000 setiap satu- berapa yang telah dibina?  Bagaimana jenerasi ke-2 yang tidak ada kerja dapat membiayai pembelian rumah2 ini? RM1.4 billion sudah diambil FELDA- mana rumah nya?

Bagaimana menyelesaikan hutang peneroka? Najib senaraikan FGV- konon beri RM1.7 billion sebagai durian runtuh kepada peneroka. Adakah peneroka menerima durian runtuh atau bonus atau pemberian hadiah wang ?

Peneroka mesti tahu bahawa masaalah mereka adalah sebahagian dari masaalah yang lebih besar- yakni musibah yang diperlakukan keatas semua rakyat oleh tamak dan haloba nya satu orang yang bernama Najib Tun Razak.

Pertama sekali- peneroka mesti ada perasaan sayang keatas institusi yang menjadikan mereka- iaitu FELDA. Mereka mesti menjaga nya dari dicerobohi dan diperkosa dengan rakus oleh Najib dan konco2 nya yang menjadikan FELDA dan ciptaan2 nya sebagai ATM peribadi.

Dalam tangan gerombolan yang tidak bertanggung jawab, wang RM10 billion hasil penyenaraian bukannya disalurkan untuk meningkatkan kualiti hidup peneroka, tapi geng2 yang mengejar komisyen dan memalsukan segala pembelian2 FELDA , berbelanja sakan ketas perkara2 yang tidak releven lansung kepada peneroka.

Bukan rumah dan perumahan warga felda yang dibina, tapi pengurusan FELDA membeli hotel dan kondominum. Bukan melabur dalam core business, tapi beli business yang bukan2 seperti membuka kedai2 pastry yang rugi dan ditutup, melaksanakan projek membela ikan sturgeon- ikan yang masih jadi bahan dan objek kaji selidik dinegara2 dimana ikan sturgeon itu ikan watan. FELDA gatal hendak membela sturgeon di sungai Pahang di Jerantut. Akibatnya rugi besar. Banyak lagi pelaburan yang mengarut yang dilakukan oleh Isa Samad dan rakan2.

Sekarang , Sharir Samad pula yang dilantik sebagai pengerusi FELDA. Adakah kebaradaan Shahrir Samad ialah untuk membersihkan kotoran2 Najib dalam FELDA? Itu pasal kita hendak lihat dan mentelaah lapuran audit FELDA untuk tahun 2016, sebelum Shahrir cleans up the mess Najib caused.


0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP